Konsep Data Buffet Onexox Black

Konsep DATA BUFFET sama seperti anda makan hidangan ‘Buffet’. Makan sedikit dulu, kemudian tambah lagi pinggan seterusnya.

Dengan DATA BUFFET ini, anda akan dapat data permulaan (blok pertama) terlebih dahulu.

data buffet onexox black

Kemudian, data tambahan akan diberi secara berperingkat sehingga cukup jumlah keseluruhan kuota data mengikut pelan Data Buffet yang dilanggan.

Kongsi Data Buffet

Kuota data untuk pelan ‘Data Buffet’ tidak boleh dikongsi atau dipindahkan kepada pengguna ONEXOX yang lain.

Hanya pelan Black B10, B39, B39_PLUS20 dan B39_PLUS50 sahaja boleh buat perkongsian data. Maksimum 10GB untuk 1 kali perkongsian.