Apa itu Happy Hour ONEXOX?
Happy hour ONEXOX merupakan tawaran khas yang disediakan oleh telco ONEXOX kepada pelanggan simkad ONEXOX sahaja. Happy hour menawarkan data internet, kadar panggilan, sms atau voucher untuk pelanggan dengan harga yang sangat murah.
Apabila anda membeli offer yang ditawarkan dalam Happy hour, ia akan terus masuk ke dalam kaunter season pass. So kiranya macam tabung data lah. Setiap kali happy hour datang, anda beli. Bila nak guna baru tabus. Memang sangat berbaloi.
Walaubagaimanapun, happy hour ONEXOX ni tidak ditawarkan setiap hari. Kebiasannya setiap minggu but depend lah pada XOX kalau nak buat promo hari-hari.
Macam mana nak tahu ada Happy Hour?
Kebiasaannya pelanggan akan dapat sms tentang info happy hour dan tawaran tu hanya sah pada hari tersebut sahaja. Contohnya poster atau sms promosi happy hour ONEXOX tu dihantar pada hari isnin 27hb. So happy hour tu valid hanya pada 27hb tu sahaja. Esok dah tak valid.
Siapa yang boleh subscribe Happy Hour ONEXOX ni?
Semua pengguna Pelan ONEXOX Prepaid dan Postpaid (Black) boleh subscribe happy hour ni.
Once pelanggan dah subscribe offer dari happy hour, data, minit panggilan, dan sms akan masuk dalam kaunter season pass. Selagi nombor phone pelanggan aktif, selagi tu data tidak akan expired.
Tambahan pulak, bagi simkad ONEXOX prepaid, pelanggan boleh dapat 36 bulan tempoh sah. Lagi la best!

Pakej Langgan Happy Hour masuk ke mana?
Segala data, minit panggilan dan sms yang anda subscribe akan masuk ke dalam kaunter season pass. Segala data yang ada dalam tu boleh disimpan dan dipakai di masa hadapan selagi nombor ONEXOX anda aktif.
Contohnya anda subscribe pakej Happy Hour dengan tawaran 26Gb + 240 minit panggilan dengan harga RM50.
Lepas dah subscribe, semua pakej yang ditawarkan tu akan masuk ke kaunter season pass. Then kalau anda aktifkan 10Gb je, baki 16Gb dan 240 minit panggilan akan stay dalam kaunter season pass.
Anda boleh aktifkan dan guna untuk diri sendiri ataupun boleh share dengan pengguna ONEXOX yang lain.
Share data season pass
- Untuk kongsi data internet, sekali share maximum 10gb sahaja. Habis, share lagi.
- Untuk minit panggilan, penghantar akan kena caj RM0.50 setiap kali sharing.
- Semua data, minit panggilan dan sms akan terus masuk ke season pass kawan yang dikongsi.
Murah sangat ke pakej Happy Hour ONEXOX ni?
Offer happy hour ni memang sangat murah berbanding pelan standard. Sangat sesuai untuk buat tabung simpanan data.
Sebagai contoh, harga 10gb data adalah RM50. Jatuh RM5 untuk 1Gb. Ni untuk pelan standard. Tapi kalau under offer Happy Hour, 26Gb just RM50. Harga 1Gb jatuh RM1.90 je. Jimat banyak kan!
Cara nak guna data dari Happy Hour
Selepas anda subscribe offer Happy Hour, anda masih belum boleh guna pakej (data, minit panggilan dan sms) yang dibeli.
Kena aktifkan terlebih dahulu.
Cara nak aktifkan data season pass, anda boleh guna cara ini:
- Easy menu *150#
- SMS ke 23388 atau
- Aplikasi ONEXOX Black.