Data Buffet Onexox Black

Table of Contents

Data Buffet Onexox Black

DATA BUFFET ONEXOX merupakan pelan postpaid ONEXOX Black yang ditawarkan kepada semua pengguna ONEXOX.

Pelan Black Data Buffet terdiri daripada 3 jenis:

  • B39DB / TBG39 = 48GB + Unlimited Call + 100 SMS
  • B59DB / TBG59 = 60GB + Unlimited Call + 100 SMS
  • B89DB / TBG89 = 120GB + Unlimited Call + 200 SMS
pelan B39DB Postpaid ONEXOX

B39DB

  • Data asas 18GB.
  • Apabila data berbaki 2GB ke bawah, data tambahan 10GB dimasukkan secara automatik.
  • Tambahan data 10GB berlaku sebanyak 3 kali dalam bulan semasa.
  • 18GB + (10GB @ 3Mbps) + (10GB @ 3Mbps) + (10GB @ 3Mbps) = 48GB
b59db onexox black

B59DB

  • Data asas 20GB.
  • Apabila data berbaki 1GB ke bawah, data tambahan 8GB dimasukkan secara automatik.
  • Tambahan data 8GB berlaku sebanyak 5 kali dalam bulan semasa.
  • 20GB + (8GB) + (8GB) + (8GB) + (8GB) + (8GB) = 60GB

B89DB

  • Data permulaan 40GB.
  • Apabila data berbaki 1GB ke bawah, 20GB data akan dimasukkan secara automatik.
  • Tambahan data 20GB berlaku sebanyak 4 kali dalam bulan semasa.
  • 40GB + (20GB) + (20GB) + (20GB) + (20GB) = 120GB

Konsep Data Buffet

DATA BUFFET ONEXOX ni konsep dia macam anda makan buffet. Mula-mula anda makan sedikit dulu, then baru tambah sedikit demi sedikit sampai la habis.

Anda boleh rujuk gambar dibawah agar boleh faham macam mana data buffet ni beroperasi.

Once cycle data buffet kita start, anda akan dapat data permulaan blok pertama (DB1) terlebih dahulu. Boleh rujuk gambar di bawah.

Next, blok kedua dan seterusnya (DB2-DB5) data tambahan akan diberi secara berperingkat sehingga cukup kuota data buffet mengikut pelan yang anda dilanggan.

Data Buffet Boleh Share?

Data internet bagi pelan Data Buffet tidak boleh dikongsi atau dipindahkan kepada pengguna ONEXOX yang lain.

Walaubagaimanapun, hanya pelan BLACK B10, B39_PLUS20 dan B39_PLUS50 sahaja boleh dikongsi (max 10GB untuk 1 kali perkongsian).

Daftar Data Buffet

Pengguna Baru

  • Pendaftaran ONEXOX Black Data Buffet ini boleh dibuat secara online melalui laman rasmi XOX Online Store.

  • Simkad ONEXOX akan dihantar melalui pos dan penghantaran adalah PERCUMA.

Pengguna Sedia Ada (Prepaid)

  • Pengguna sedia ada ONEXOX Prepaid yang nak bertukar ke plan ONEXOX Black ‘Data Buffet’ boleh mendaftar melalui COBP (Change of Business Plan).

    *Proses COBP untuk pelan ONEXOX Prepaid sahaja.

Tukar Pelan Black Lain

  • Pengguna ONEXOX Black sedia ada yang nak bertukar ke plan Black ‘Data Buffet’ boleh daftar melalui COP (Change of Plan).

  • Anda perlu hubungi pengedar ONEXOX terlebih dahulu untuk semakan bil semasa dan buat bayaran penuh untuk proses tukar ke plan ONEXOX Black ‘Data Buffet’.